PROGRAM KELAS GURU GANTI MODUL TEKA-TEKI
KE-5
1.
Ada
murah, ada yang mahal. Ada yang rendah, ada yang tinggi. Dipijak ke mana pergi.
2.
Ada
peti ajaib benar, boleh menyanyi, boleh bercerita. Membawa berita suka duka.
3.
Badan
panjang, kepalanya dua, kakinya banyak tidak terkira, bila cuti ramai
mencarinya.
4.
Berbaris-baris
, bersusun-susun, bertindan-tindan. Ada jantung, berdenyut tidak.
5.
Mentah
hijau, masak pun hijau, alangkah peliknya, buah yang masak gugur ke atas.
6.
Dalam
banyak-banyak buah, buah apa tidak bertangkai?
7.
Hilang
gelap, timbul terang, badan terkorban, alangkah malang.
8.
Getah
dibenci manis diidam. Di luar hitam, putih di dalam.
9.
Ibu
menjerit, anak diangkat.
10.
Mata
terbeliak berpapan-papan, tak boleh melihat boleh dimakan.
11.
Dimakan
bukan kerana lapar, diminum bukan kerana haus.
12.
Ditepuk-tepuk
bukannya marah. Dipeluk-peluk bukannya sayang.
13.
Dia
pandang kita, kita pandang dia.
14.
Tidak
berotak tetapi bijak, tidak bertekak tapi bercakap. Tidak bergaji tapi bekerja.
15.
Sebut
sekali dia hidup. Sebut dua kali dia mati.
16.
Apabila
berisi dia tunduk, apabila kosong dia tegak.
17.
Dia
berdiri ditengah jalan, Matanya 3, kakinya 1.
18.
Ada
badan, ada mulut, dan satu tangan.
19.
Berkaki
4 tetapi tidak boleh berjalan.
20.
Berjam
lamanya digaul mesra, Menjadi hitam sedap rasanya, cuba teka siapalah saya...
21.
Anak
berjalan ibu di rumah, anak tak pulang sama-sama susah, dari besi aku digubah,
pelbagai bentuk di setiap rumah.
22.
Sejenis
haiwan berbisul dibelakang, badannya tinggi lehernya panjang, sekali minum 15
kali kenyang, di padang pasir kawasan tunggangannya.
23.
Ada
tangan tiada kaki, melekat di tangan sepanjang hari, sentiasa bergerak tidak
mati.
24.
Ada
3 sekawan yang saling berkejaran, tetapi tidak dapat menangkap rakan yang lain.
25.
Negara
mana yang bah dulu sebelum hujan?
" BERFIKIR MENJADI BIJAK"
Jawapan teka-teki program guru ganti.
1.
kasut
2.
radio
3.
keretapi
4.
pisang
5.
buah
melaka
6.
buah
dadu
7.
lilin
8.
manggis
9.
telefon
10.
petai
11.
ubat
12.
bantal
13.
cermin
14.
komputer
15.
orang/
orang-orang
16.
padi
17.
lampu
isyarat
18.
cawan
19.
bangku
20.
dodol
21.
kunci
22.
unta
23.
jam
tangan
24.
kipas
25.
Bahrain
Kalau nak cuba teka teki lawak kat website saya pun boleh di https://www.tekateki.org
ReplyDelete