Monday, 3 December 2012

Modul Teka -Teki 3


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Ketiga


  1. Antara banyak-banyak burung, burung apakah yang sentiasa mengenang jasa orang tua ?
  2. Antara banyak-banyak parit di Johor, parit manakah yang paling tua ?
  3. Anak siapa yang selalu dipijak orang ?
  4. Binatang yang ada banyak wang ?
  5. Ada dalam dunia, ada besar di Arab, ada kecil di China, apakah dia ?
  6. Kenapa bila musim sejuk bulu roma kita berdiri ?
  7. Antara pokok-pokok bunga, pokok bunga apakah yang mempunyai buah ?
  8. Buah diatas pokok, daun di atas buah. Pokok apa ?
  9. Benda apakah berbentuk bulat, berpusat, berbunga diatasnya dan selalu berpusing ?
  10. Kelapa jatuh kena apa?
  11. Kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri. Apa dia ?
  12. Pada badan ayam bahagian manakah paling banyak bulu ?
  13. Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang orang paling takut ?
  14. Ada leher, tak ada kepala, ada tangan tak ada jari, ada badan tak ada kaki .  Siapa dia ?
  15. Dicampak hidup, ditangkap mati .
  16. Putih bersinar bak mutiara, berbaris teguh menyeri muka .
  17. Bertanjak bukan raja, berkeris bukan pahlawan, bertugas menjaga waktu.
  18. Pagi-pagi berkaki empat., tengahari berkaki dua, petang-­petang berkaki tiga.
  19. Bongkoknya mashyur di mana-mana, dungunya pula selalu dikata, tahi di kepala disangka otak, bila dihidang pantang nampak.
  20. Matanya banyak tidak terkira, bergigi tajam mudah meluka, tak dapat melihat tidak mengapa, kayu dan besi jadi habuannya.
“BERFIKIR AKTIVITI YANG SIHAT”

Jumpa Lagi.


Jawapan Teka teki Modul Ketiga
  1. Burung " Bela Tuk "
  2. Parit sulong
  3. anak tangga
  4. Beruang
  5. Huruf " A "
  6. sebab tak ada kerusi
  7. bunga telor
  8. buah nenas
  9. tayar
  10. kena tanah lah...
  11. tapak kaki
  12. kulit
  13. harimau
  14. baju
  15. gasing
  16. gigi
  17. ayam jantan
  18. manusia
  19. udang
  20. gergaji

No comments:

Post a Comment