Monday, 3 December 2012

Modul Teka - Teki 1


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Pertama

1.  Banyak-banyak kuda, kuda apa yang 4 kaki, 2 ekor, 3 tanduk dan 3 mata ?
2.  Apasal baju superman ketat ?
3.  Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang paling tinggi ?
4.  Ada sebuah kapal layar, berlayar dari Timur ke Barat, arah manakah asapnya pergi ?
5.  Ikan apa yang selalu sakit perut ?
6.  Negara apa yang tidak mempunyai jalan ?
7.  Dia ada kepala, ada badan, tak ada kaki dan tangan, pandai berkomunikasi.... tapi matanya satu sahaja .  Siapa dia ?
8.   Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang terletak di atas tanah ?
9.   la duduk di tepi, tetapi selalu mengelilingi dunia.
10. Tengah-tengah malam ada apa ?
11. Ada seorang perempuan, menaiki teksi, bila perempuan itu bayar duit dulu, pemandu itu tak hendak..... Kenapa pemandu itu tak hendak duit dulu...... ?
12. Dalam dunia ini orang dok sibuk cari apa ?
13. Antara kucing dengan anjing, mana lebih tua?
14. Pada masa dahulu, barang murah harganya, contohnya cili harganya 10 sen, mancis pun 10 sen.  Macam mana nak beli mancis dan cili jika ibu bapa anda memberi 10 sen sahaja.
15. Kambing apakah yang selalu orang kampung cari ?
16. Dalam peta dunia, di atas Mesir ada laut merah, di tepi Mesir ada laut Mediteranean, di bawah Mesir ada banyak negara.....di tengah-tengah Mesir ada apa?
17. Kenapa gigi sakit ?
18. Kenapa ubi kayu jadi keras ?
19. Apa yang naik sahaja, tetapi tidak turun-turun ?
20. Dalam alaf  baru telah wujud bas yang boleh berdiri ?


" BERFIKIR MENJADI BIJAK"

Jawapan Modul teka-teki Pertama program guru ganti bestari
1.  Kuda ajaib
2.  Huruf s , sebab saiz bajunya ‘small’
3.  Pokok atas gunung
4.  Tiada asap
5.  ikan kembung
6.  Norway
7.  pen
8.  labu
9.  setem
10. Huruf "L"
11. Nak duit semasa
12. Cari benda yang hilang
13. kucing sebab ada misai
14. Belilah mancis cap cili
15. kambing yang hilang
16. Ada Huruf "s"
17. kerana tak cabut
18. kerana tak cabut
19. umur
20. Bus stand

No comments:

Post a Comment