Ujian Kepintaran 1
1. Sepohon pokok jambu dihinggapi 10 ekor burung gagak.
Terdengar bunyi tembakan, lima ekor burung gagak jatuh ke tanah. Masih ada
berapa ekorkah burung gagak di atas pokok itu?
2. Sebuah bas bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Sejam kemudian sebuah teksi bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan
kelajuan yang sama dengan bas. Kenderaan yang manakah lebih jauh dari Johor Bahru bila bas dan teksi
bertemu?
3. Jumlah harga satu botol bersama penutupnya ialah $1.10.
Harga botol itu ialah $1.00 lebih daripada penutup botol. Berapakah harga botol
dan harga penutup botol masing-masing?
4. Tiga ekor kucing boleh menangkap tiga ekor tikus dalam
masa tiga minit. Berapa minitkah masa yang diambil oleh 100 ekor kucing untuk
menangkap 100 ekor tikus?
5. Jarak di antara katil dan
suis lampu bilik anda adalah 200 cm. Bolehkah anda padamkan lampu itu dan tidur
di atas katil sebelum bilik anda gelap? Kalau boleh, bagaimana?
6. Dompet saya mengandungi dua
keping syiling yang berjumlah 55 sen. Salah satu daripada syiling itu bukan syiling
50 sen. Apakah syiling-syiling itu?
7. Sebuah kolam mengandungi beberapa ekor ikan. Separuh, iaitu 10 ekor, daripada jumlahnya
telah mati. Berapa ekor ikankah yang
masih tinggal dalam kolam itu ?
8. Berat sebiji tembikai ialah 2 kg tambah ½ daripada jumlah
beratnya. Berapakah jumlah beratnya ?
Jawapan Ujian Kepintaran 1
1. Tidak ada seekor pun.
Selepas tembakan, semua burung di
atas pokok telah pun terbang ke tempat lain.
2. Kedua-dua bas dan teksi
sama jauh dari Johor Bahru.
3. Harga penutup botol dan
botol ialah $0.05 dan
$1.05 masing-masing.
4. 3 minit.
5. Tidurlah
di siang hari
6. Syiling
50 sen dan 5 sen. Salah satu daripadanya
bukan
50 sen, tetapi yang satu lagi ialah 50 sen.
7. 20 ekor. Yang mati masih tinggal,
8. 4 kg
Anggaplah jumlah beratnya sebagai x. Jadi
x = 2 + ½ x
x - ½ x = 2
½ x = 2
x = 4
No comments:
Post a Comment