Monday, 3 December 2012

Modul Teka - Teki 4


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Ke-4

1.   Bersayap terbang bukannya burung. Malam berjaga, siang terlena. Kaki ke atas, kepala ke bawah. Di 
      tempat gelap aku bernaung.
2.   Badanku merah, mulutku luas, duduk diam di tepi jalan, menunggu orang beri makanan.
3.   Tubuhnya panjang berbatu-batu, ada lurus, ada yang bengkok, kampung dan pekan semua dituju.
4.   Di kejar dia lari, di tunggu dia diam, di tangkap tak dapat, ke mana pergi dia ikut.
5.   Ada sebatang tongkat hikmat, pangkalnya kayu, batangnya besi, lepas makan muntah berapi.
6.   Semasa kecil berbaju hijau, apabila besar berbaju merah.
7.   Bajunya ketat, tubuhnya sendat, hari raya senang dapat, sebutlah cepat.
8.   Dalam batang ada daun, dalam daun ada isi.
9.   Ada lapan beradik, ibunya dua, bapanya tiada, cubalah teka siapa mereka.
10.Ada tubuh ada kepala, sayang sekali tidak berkaki, Dipanggil haiwan, tidak bernyawa, ditunggang orang, dibawa menari.
11.Ada satu benda, di pecah isinya putih dan kuning. Jika pecah sendiri dia hidup.
12.Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang paling besar.
13.Ada sejenis buah aneh. Mempunyai dua warna dalam satu rumah. Hendak di makan mesti dilangkah.
14.Tulangnya buluh, uratnya benang, tubuhnya kertas, ada angin, dia terbang.
15.Ditarik semakin tinggi, dilepas dia turun.
16.Pelik sungguh benda ini. Ada pinggang, ada kaki, semakin dikerat semakin tinggi.
17.Cuba teka apakah gerangan. Hidungnya banyak, penuh sebadan. Pedang berduri bercacakan.  Selalu 
      dimakan bila berlawan.
18.Matanya tajam, ekornya bundar, dia bergerak mengheret benang.
19.Bapanya tinggi, Emaknya rendah, 12 anaknya tinggal sebilik.
20.Tidak bernyawa tapi bermata. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang logam, ada yang kertas.

" BERFIKIR MENJADI BIJAK"
Jawapan teka-teki program guru ganti bestari : Modul Teka-teki Ke-4
  1. kelawar
  2. peti surat
  3. jalan raya
  4. bayang-bayang
  5. senapang
  6. buah cili
  7. ketupat
  8. lemang
  9. jari
  10. kuda kepang
  11. telor ayam
  12. matahari
  13. buah dam
  14. layang-layang
  15. bendera
  16. seluar
  17. buah nanas
  18. jarum
  19. jam
  20. wang

 

No comments:

Post a Comment