Monday, 3 December 2012

Modul Teka - Teki 1


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Pertama

1.  Banyak-banyak kuda, kuda apa yang 4 kaki, 2 ekor, 3 tanduk dan 3 mata ?
2.  Apasal baju superman ketat ?
3.  Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang paling tinggi ?
4.  Ada sebuah kapal layar, berlayar dari Timur ke Barat, arah manakah asapnya pergi ?
5.  Ikan apa yang selalu sakit perut ?
6.  Negara apa yang tidak mempunyai jalan ?
7.  Dia ada kepala, ada badan, tak ada kaki dan tangan, pandai berkomunikasi.... tapi matanya satu sahaja .  Siapa dia ?
8.   Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang terletak di atas tanah ?
9.   la duduk di tepi, tetapi selalu mengelilingi dunia.
10. Tengah-tengah malam ada apa ?
11. Ada seorang perempuan, menaiki teksi, bila perempuan itu bayar duit dulu, pemandu itu tak hendak..... Kenapa pemandu itu tak hendak duit dulu...... ?
12. Dalam dunia ini orang dok sibuk cari apa ?
13. Antara kucing dengan anjing, mana lebih tua?
14. Pada masa dahulu, barang murah harganya, contohnya cili harganya 10 sen, mancis pun 10 sen.  Macam mana nak beli mancis dan cili jika ibu bapa anda memberi 10 sen sahaja.
15. Kambing apakah yang selalu orang kampung cari ?
16. Dalam peta dunia, di atas Mesir ada laut merah, di tepi Mesir ada laut Mediteranean, di bawah Mesir ada banyak negara.....di tengah-tengah Mesir ada apa?
17. Kenapa gigi sakit ?
18. Kenapa ubi kayu jadi keras ?
19. Apa yang naik sahaja, tetapi tidak turun-turun ?
20. Dalam alaf  baru telah wujud bas yang boleh berdiri ?


" BERFIKIR MENJADI BIJAK"

Jawapan Modul teka-teki Pertama program guru ganti bestari
1.  Kuda ajaib
2.  Huruf s , sebab saiz bajunya ‘small’
3.  Pokok atas gunung
4.  Tiada asap
5.  ikan kembung
6.  Norway
7.  pen
8.  labu
9.  setem
10. Huruf "L"
11. Nak duit semasa
12. Cari benda yang hilang
13. kucing sebab ada misai
14. Belilah mancis cap cili
15. kambing yang hilang
16. Ada Huruf "s"
17. kerana tak cabut
18. kerana tak cabut
19. umur
20. Bus stand

Modul Teka Teki 2


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka – teki Kedua

1.    Anak kancil menari-nari, menari-nari sambil menyanyi, jika tuan bestari, buah apakah tiada biji ?
2.    Burung terbang pulang ke sarang, apabila siang bertukar malam, jika dipakai menjadi terang, jika ditanggal menjadi kelam.
3.    Di waktu petang menunggang kuda, supaya masa tak sia-sia, suara kedengaran orangnya tiada, walaupun jauh di hujung dunia.
4.    Jika meredah si hutan Belum, pemandangan cantik boleh dilukis. Kita tersenyum ia tersenyum, kita menangis is menangis.
5.    Aku dibuat daripada besi, ada enjin, ada kaki, badanku selalu diisi, kepada isi surat diberi.
6.    Makan angin ditaman bunga, buat menghilang badan yang letih, Naik kuda tabur bunga, bunga jatuh berwarna putih.
7.    Tubuh panas tak pernah mandi, meredah segala kain dan benang, tubuh comel memandu kami, pandu ke belakang dan hadapan.
8.    Ada emas ada permata, berkilat bercahaya mahal pula, menjadi hiasan tergantung-gantung, apakah nama hiasan anggun ?
9.    Ada kampung tiada orang, ada sungai tiada air, ada bukit tiada rumput, apa tempat itu?
10. Ada sejenis kenderaan, dikayuh bukannya sampan, ada tempat duduk belakang dan depan, cubalah kamu berikan jawapan.
11. Ada tangan tiada kaki, ada leher tiada kepala, dijual merata negeri, apakah dia ?
12. Ada benda boleh diketuk, berlainan bunyi silih berganti, kadang-kadang kelihatan sibuk, ke kiri kanan tidak berhenti.
13. Aku hidup bebas berterbangan, ke sana ke sini arah tujuanku, ingin rasanya kucapai awan, tekalah kawan siapakah aku.
14. Aku dibelek setiap hari, tempat ilmu dicari.
15. Aku hidup didasar lautan, apabila bertelur pergi ke daratan, telurku ini jadi rebutan.
16. Ada seorang pemburu bernama Pak Abu. Pak Abu memburu burung. Apabila Pak Abu sedang memburu di hutan, dia ternampak 4 ekor burung di atas dahan. Pak Abu terus menembaknya. Seekor sudah K.O. . Berapa ekor lagi yang tinggal di atas dahan ?



Jawapan Modul Teka-teki Kedua

  1. Kelapa
  2. Cermin mata
  3. telefon
  4. cermin
  5. bas
  6. Mesin kelapa
  7. seterika
  8. Subang
  9. peta
  10. basikal
  11. baju kemeja
  12. drum
  13. burung
  14. buku
  15. penyu
  16. Tiada lagi (0)

Modul Teka -Teki 3


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Ketiga


  1. Antara banyak-banyak burung, burung apakah yang sentiasa mengenang jasa orang tua ?
  2. Antara banyak-banyak parit di Johor, parit manakah yang paling tua ?
  3. Anak siapa yang selalu dipijak orang ?
  4. Binatang yang ada banyak wang ?
  5. Ada dalam dunia, ada besar di Arab, ada kecil di China, apakah dia ?
  6. Kenapa bila musim sejuk bulu roma kita berdiri ?
  7. Antara pokok-pokok bunga, pokok bunga apakah yang mempunyai buah ?
  8. Buah diatas pokok, daun di atas buah. Pokok apa ?
  9. Benda apakah berbentuk bulat, berpusat, berbunga diatasnya dan selalu berpusing ?
  10. Kelapa jatuh kena apa?
  11. Kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri. Apa dia ?
  12. Pada badan ayam bahagian manakah paling banyak bulu ?
  13. Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang orang paling takut ?
  14. Ada leher, tak ada kepala, ada tangan tak ada jari, ada badan tak ada kaki .  Siapa dia ?
  15. Dicampak hidup, ditangkap mati .
  16. Putih bersinar bak mutiara, berbaris teguh menyeri muka .
  17. Bertanjak bukan raja, berkeris bukan pahlawan, bertugas menjaga waktu.
  18. Pagi-pagi berkaki empat., tengahari berkaki dua, petang-­petang berkaki tiga.
  19. Bongkoknya mashyur di mana-mana, dungunya pula selalu dikata, tahi di kepala disangka otak, bila dihidang pantang nampak.
  20. Matanya banyak tidak terkira, bergigi tajam mudah meluka, tak dapat melihat tidak mengapa, kayu dan besi jadi habuannya.
“BERFIKIR AKTIVITI YANG SIHAT”

Jumpa Lagi.


Jawapan Teka teki Modul Ketiga
  1. Burung " Bela Tuk "
  2. Parit sulong
  3. anak tangga
  4. Beruang
  5. Huruf " A "
  6. sebab tak ada kerusi
  7. bunga telor
  8. buah nenas
  9. tayar
  10. kena tanah lah...
  11. tapak kaki
  12. kulit
  13. harimau
  14. baju
  15. gasing
  16. gigi
  17. ayam jantan
  18. manusia
  19. udang
  20. gergaji

Modul Teka - Teki 4


PROGRAM KELAS GURU GANTI
Modul Teka-Teki Ke-4

1.   Bersayap terbang bukannya burung. Malam berjaga, siang terlena. Kaki ke atas, kepala ke bawah. Di 
      tempat gelap aku bernaung.
2.   Badanku merah, mulutku luas, duduk diam di tepi jalan, menunggu orang beri makanan.
3.   Tubuhnya panjang berbatu-batu, ada lurus, ada yang bengkok, kampung dan pekan semua dituju.
4.   Di kejar dia lari, di tunggu dia diam, di tangkap tak dapat, ke mana pergi dia ikut.
5.   Ada sebatang tongkat hikmat, pangkalnya kayu, batangnya besi, lepas makan muntah berapi.
6.   Semasa kecil berbaju hijau, apabila besar berbaju merah.
7.   Bajunya ketat, tubuhnya sendat, hari raya senang dapat, sebutlah cepat.
8.   Dalam batang ada daun, dalam daun ada isi.
9.   Ada lapan beradik, ibunya dua, bapanya tiada, cubalah teka siapa mereka.
10.Ada tubuh ada kepala, sayang sekali tidak berkaki, Dipanggil haiwan, tidak bernyawa, ditunggang orang, dibawa menari.
11.Ada satu benda, di pecah isinya putih dan kuning. Jika pecah sendiri dia hidup.
12.Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang paling besar.
13.Ada sejenis buah aneh. Mempunyai dua warna dalam satu rumah. Hendak di makan mesti dilangkah.
14.Tulangnya buluh, uratnya benang, tubuhnya kertas, ada angin, dia terbang.
15.Ditarik semakin tinggi, dilepas dia turun.
16.Pelik sungguh benda ini. Ada pinggang, ada kaki, semakin dikerat semakin tinggi.
17.Cuba teka apakah gerangan. Hidungnya banyak, penuh sebadan. Pedang berduri bercacakan.  Selalu 
      dimakan bila berlawan.
18.Matanya tajam, ekornya bundar, dia bergerak mengheret benang.
19.Bapanya tinggi, Emaknya rendah, 12 anaknya tinggal sebilik.
20.Tidak bernyawa tapi bermata. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang logam, ada yang kertas.

" BERFIKIR MENJADI BIJAK"
Jawapan teka-teki program guru ganti bestari : Modul Teka-teki Ke-4
  1. kelawar
  2. peti surat
  3. jalan raya
  4. bayang-bayang
  5. senapang
  6. buah cili
  7. ketupat
  8. lemang
  9. jari
  10. kuda kepang
  11. telor ayam
  12. matahari
  13. buah dam
  14. layang-layang
  15. bendera
  16. seluar
  17. buah nanas
  18. jarum
  19. jam
  20. wang

 

Modul Teka - Teki 5


PROGRAM KELAS GURU GANTI   MODUL TEKA-TEKI KE-5

1.                   Ada murah, ada yang mahal. Ada yang rendah, ada yang tinggi. Dipijak ke mana pergi. 
2.                   Ada peti ajaib benar, boleh menyanyi, boleh bercerita. Membawa berita suka duka.
3.                   Badan panjang, kepalanya dua, kakinya banyak tidak terkira, bila cuti ramai mencarinya.
4.                   Berbaris-baris , bersusun-susun, bertindan-tindan. Ada jantung, berdenyut tidak.
5.                   Mentah hijau, masak pun hijau, alangkah peliknya, buah yang masak gugur ke atas.
6.                   Dalam banyak-banyak buah, buah apa tidak bertangkai?
7.                   Hilang gelap, timbul terang, badan terkorban, alangkah malang.
8.                   Getah dibenci manis diidam. Di luar hitam, putih di dalam.
9.                   Ibu menjerit, anak diangkat.
10.               Mata terbeliak berpapan-papan, tak boleh melihat boleh dimakan.
11.               Dimakan bukan kerana lapar, diminum bukan kerana haus.
12.               Ditepuk-tepuk bukannya marah. Dipeluk-peluk bukannya sayang.
13.               Dia pandang kita, kita pandang dia.
14.               Tidak berotak tetapi bijak, tidak bertekak tapi bercakap. Tidak bergaji tapi bekerja.
15.               Sebut sekali dia hidup. Sebut dua kali dia mati.
16.               Apabila berisi dia tunduk, apabila kosong dia tegak.
17.               Dia berdiri ditengah jalan, Matanya 3, kakinya 1.
18.               Ada badan, ada mulut, dan satu tangan.
19.               Berkaki 4 tetapi tidak boleh berjalan.
20.               Berjam lamanya digaul mesra, Menjadi hitam sedap rasanya, cuba teka siapalah saya...
21.               Anak berjalan ibu di rumah, anak tak pulang sama-sama susah, dari besi aku digubah, pelbagai bentuk di setiap rumah.
22.               Sejenis haiwan berbisul dibelakang, badannya tinggi lehernya panjang, sekali minum 15 kali kenyang, di padang pasir kawasan tunggangannya.
23.               Ada tangan tiada kaki, melekat di tangan sepanjang hari, sentiasa bergerak tidak mati.
24.               Ada 3 sekawan yang saling berkejaran, tetapi tidak dapat menangkap rakan yang lain.
25.               Negara mana yang bah dulu sebelum hujan?

" BERFIKIR MENJADI BIJAK"



Jawapan teka-teki program guru ganti.
1.                   kasut
2.                   radio
3.                   keretapi
4.                    pisang
5.                   buah melaka
6.                   buah dadu
7.                    lilin
8.                    manggis
9.                    telefon
10.                petai
11.                ubat
12.                bantal
13.                cermin
14.                komputer
15.               orang/ orang-orang
16.               padi
17.               lampu isyarat
18.               cawan
19.               bangku
20.               dodol
21.               kunci
22.               unta
23.               jam tangan
24.               kipas
25.               Bahrain

Kuiz Matematik Modul 1


Ujian Kepintaran 1




1.   Sepohon pokok jambu dihinggapi 10 ekor burung gagak. Terdengar bunyi tembakan, lima ekor burung gagak jatuh ke tanah. Masih ada berapa ekorkah burung gagak di atas pokok itu?

2.   Sebuah bas bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sejam kemudian sebuah teksi bertolak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dengan kelajuan yang sama dengan bas. Kenderaan yang manakah lebih jauh dari Johor Bahru bila bas dan teksi ber­temu?

3.   Jumlah harga satu botol bersama penutupnya ialah $1.10. Harga botol itu ialah $1.00 lebih daripada penutup botol. Berapakah harga botol dan harga penutup botol masing-masing?


4.   Tiga ekor kucing boleh menangkap tiga ekor tikus dalam masa tiga minit. Berapa minitkah masa yang diambil oleh 100 ekor kucing untuk menangkap 100 ekor tikus?






5.    Jarak di antara katil dan suis lampu bilik anda adalah 200 cm. Bolehkah anda padamkan lampu itu dan tidur di atas katil sebelum bilik anda gelap? Kalau boleh, bagaimana?
                                       
 
6.   Dompet saya mengandungi dua keping syiling yang berjumlah 55 sen. Salah satu daripada syiling itu bukan syiling 50 sen. Apakah syiling-syiling itu?

7.   Sebuah kolam mengandungi beberapa ekor ikan.  Separuh, iaitu 10 ekor, daripada jumlahnya telah mati.  Berapa ekor ikankah yang masih tinggal dalam kolam itu ?

8.  Berat sebiji tembikai ialah 2 kg tambah ½ daripada jumlah beratnya. Berapakah jumlah beratnya ?











Jawapan Ujian Kepintaran 1










 



1.  Tidak ada seekor pun. Selepas tembakan, semua burung di  
      atas pokok telah pun terbang ke tempat lain.
2.   Kedua-dua bas dan teksi sama jauh dari Johor Bahru.
3.   Harga penutup botol dan botol ialah $0.05 dan   
      $1.05 masing-masing.
4.   3 minit.
5.   Tidurlah di siang hari
6.   Syiling 50 sen dan 5 sen.  Salah satu daripadanya bukan 
      50  sen, tetapi yang satu lagi ialah 50 sen.
7. 20 ekor. Yang mati masih tinggal,
8.    4 kg
Anggaplah jumlah beratnya sebagai x.  Jadi
x = 2 + ½ x
x - ½ x = 2
½ x = 2
x = 4