Tuesday, 27 November 2012

Kuiz Matematik Modul 2




1.    Semua murid Tingkatan Satu dikehendaki berbaris dalam satu barisan. Murid pertama menyebut 1, murid kedua menyebut 2, murid ketiga menyebut 3 dan seterusnya hingga ke murid yang terakhir.  Sani, Kamal dan Samy adalah di antara tiga murid yang terakhir. Jumlah tiga nombor yang disebutkan oleh mereka ialah 477. Ada berapakah murid dalam Tingkatan Satu ini ?

2.   Anda diberi sebuah bakul yang mengandungi lima biji duku yang akan dibahagikan kepada lima orang budak secara adil. Syaratnya: sebiji duku mesti ditinggalkan dalam bakul dan duku-duku lain tidak boleh dibelah.  Bagaimana ?

3.    Seorang pekebun disuruh membeli anak pokok untuk ditanam di sekeliling kebun tuannya. Dia dikehendaki menanam 10 pokok di setiap sem­padan kebun yang berbentuk segiempat sama itu. Berapa pohon anak pokokkah sekurang-kurangnya yang mesti dibeli oleh pekebun itu ?

4.   Anda dikehendaki menempatkan 21 ekor kambing dalam empat buah kandang. Setiap kandang itu mesti mempunyai bilangan kambing yang ganjil.. Bagaimana ?

5.   Abang saya berusia 31 tahun.dan saya berusia 30 tahun. Pada suatu masa dulu, umur abang saya pemah 2 kali umur saya. Berapakah umur kami masing-masing pada masa itu ?

6.    Seekor kera hendak memanjat sepohon pokok kelapa yang tingginya 45 m. la dapat memanjat 15 m setiap minit tetapi selepas memanjat 15 m ia terasa letih dan meluncur 5 m ke bawah. Dengan cara begini, berapa minitkah masa yang diambil untuk memanjat hingga ke atas pokok kelapa itu ? 

7.    Hussein mempunyai 38 helai sarung kaki yang telah disimpan dalam sebuah bilik yang sangat gelap. 18 di antaranya adalah berwarna hijau dan yang lain warna biru. Pada suatu hari, Hussein ingin menge­luarkan sepasang sarung kaki dari bilik itu tanpa memasangkan lampu bilik. Dia perlu mengeluarkan sekurang-kurang berapakah sarung kaki supaya dia mendapat sepasang yang sama warnanya ?

8.   Seorang pelayar menurunkan satu hujung daripada segelung tali dari tepi kapalnya. Hujung tali itu tidak menyentuh air. Jarak di antara hujung tali itu dengan permukaan air ialah ¼ m. Air laut di pelabuhan itu semakin meningkat pada kadar 1 m per minit. Dalam masa berapa minitkah air laut akan menyentuh hujung tali itu?


9.   Dua orang sedang berjalan bersama-sama. Seorang darinya ialah dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Kanak-kanak itu adalah anak bagi orang dewasa itu tetapi orang dewasa itu bukan bapanya. Siapakah orang dewasa itu?

10. Bolehkah anda susun tiga angka yang sama, yang kurang dari 8, supaya hasil tambahnya ialah 24 ?








Jawapan Kuiz Matematik Modul 2

1.   160 orang murid.
Hitung panjang tiga nombor yang disebut oleh mereka ialah 477 _ 3 = 159. Ini ialah nombor sebutan Kamal. Nombor sebutan Sani ialah 159 - 1 = 158 dan nombor sebutan Samy ialah 159 + 1= 160. Jumlah bilangan murid ialah 160.

2.  Seorang mendapat sebiji duku. Berikan duku yang kelima bersama-sama bakul itu kepada budak yang kelima..

3.  36 pokok .  4 pokok di bucu segiempat berkongsi tempat.

4.  Kandang yang besar itu juga mempunyai bilangan kambing yang ganjil, iaitu 21.

5.  Umur abang saya ialah 2 tahun dan umur saya ialah 1 tahun.

6.   4 minit.
Kera itu memanjat 15m dan meluncur 5m. Ini bermakna kera itu sebenarnya cuma memanjat 10 m setiap minit. Dalam masa 3 minit is akan memanjat 30 m; seminit kemudian ia akan memanjat 15 m dan sudah pun sampai ke atas pokok kelapa itu!

7.  3 helai sarung kaki. Jika sarung kaki yang pertama dan kedua tidak sama warnanya, yang ketiga sudah pasti akan sama arnadengan yang pertama atau yang kedua.


8.  Air tidak akan menyentuh hujung tali kerana bila air laut naik, kapal juga akan naik bersama-samanya.

9.  Emaknya.

10. 22 + 2 = 24

No comments:

Post a Comment